Di manakah tahap kewangan anda? Oleh: Irfan Khairi http://www.facebook.com/irfankhairi.fb Terdapat 4 tahap kewangan bagi sesiapa sahaja. Untuk mencapai kejayaan dari segi kewangan, kita perlu ketahui di manakah keadaan kewangan kita kini. Sama seperti dalam mencapai apa sahaja matlamat, kita perlu ketahui di manakah kedudukan kita kini untuk mencapai matlamat tersebut. Dalam kata lain, untuk sampai ke poin B, kuta perlu ketahui poin A. Di manakah tahap kewangan anda, adakah ianya pada tahap selamat ataupun tidak selamat? Pastinya semua orang mengimpikan untuk mencapai keadaan bebas kewangan ataupun, lebih daripada itu! Artikel saya kali ini, adalah untuk anda cerminkan kedudukan anda sendiri dari segi kewangan. Berikut adalah 4 tahap kewangan tersebut. Di manakah tahap kewangan anda? #1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure) Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan, anda hanya mampu menyara hidu...