5 ciri patut ada pada sesebuah blog perniagaan/bisnes anda
5 ciri patut ada pada sesebuah blog perniagaan/bisnes anda 1. Informasi Asas Perniagaan Anda Ini adalah yg terpenting untuk sesebuah blog bisnes. Kebanyakan blog yg saya lihat adalah tidak dapat atau gagal untuk menyampaikan kepada pembaca/prospek mengenai perkara paling asas apakah tujuan/objektif bisnes mereka. -Apakah bisnes tersebut -Apakah yg dilakukan oleh bisnes anda -Siapa yg menjalankannya & Untuk apa -Di mana bisnes anda beroperasi (untuk perniagaan fizikal) Bayangkan prospek anda adalah seseorang yg tidak tahu langsung mengenai anda, perniagaan anda, tujuan perniagaan anda- mereka betul-betul tiada idea. Tulislah sepertimana anda berada di pihak pembaca/prospek anda. . 2. Halaman ‘Contact Page’ Yg. Jelas & Berfungsi Adakah anda mahu blog bisnes anda sebetulnya dapat menarik sebanyak mungkin prospek? Jika begitu, anda perlulah membantu prospek anda supaya mereka mudah untuk hubungi anda. Bagaimana? Begini saja, jika anda menggunakan WordPress: dap...