Skip to main content

5 ciri patut ada pada sesebuah blog perniagaan/bisnes anda


 5 ciri patut ada pada sesebuah blog perniagaan/bisnes anda

1. Informasi Asas Perniagaan Anda
Ini adalah yg terpenting untuk sesebuah blog bisnes. Kebanyakan blog yg saya lihat adalah tidak dapat atau gagal untuk menyampaikan kepada pembaca/prospek mengenai perkara paling asas apakah tujuan/objektif bisnes mereka.
-Apakah bisnes tersebut
-Apakah yg dilakukan oleh bisnes anda
-Siapa yg menjalankannya & Untuk apa
-Di mana bisnes anda beroperasi (untuk perniagaan fizikal)
Bayangkan prospek anda adalah seseorang yg tidak tahu langsung mengenai anda, perniagaan anda, tujuan perniagaan anda- mereka betul-betul tiada idea. Tulislah sepertimana anda berada di pihak pembaca/prospek anda.
.
2. Halaman ‘Contact Page’ Yg. Jelas & Berfungsi
Adakah anda mahu blog bisnes anda sebetulnya dapat menarik sebanyak mungkin prospek? Jika begitu, anda perlulah membantu prospek anda supaya mereka mudah untuk hubungi anda. Bagaimana? Begini saja, jika anda menggunakan WordPress: dapatkan Cforms plugin untuk WordPress anda. Dengan pilihan layout & design yg profesional, sudah pasti ini akan meningkatkan lagi tahap kualiti blog bisnes anda. Jika anda sendiri sukar untuk dihubungi, bagaimana pelanggan anda mahu ‘menyerahkan’ wang mereka pada anda?
.
3. Halaman Produk & Servis Yg. Jelas
Beritahu, jelaskan apa yg anda tawarkan atau jual. Jangan biarkan prospek anda meneka apa yg anda tawarkan. Jika anda biarkan mereka berfikir sendiri, maka mereka akan pergi begitu sahaja.
Tetapi anda perlu ingat, halaman produk/servis anda inilah yg amat penting sekali antara bahagian-bahagian lain dalam blog bisnes anda. Anda memerlukan halaman produk yg dapat menjana jualan bukan? Maka jika anda tidak dapat menghasilkan sendiri ’sales letter’ anda, upahlah sesiapa saja yg dapat membantu anda kerana ini amat penting untuk anda memiliki ’sales page’ yg dapat menjana kepada jualan.
.
4. Satu Halaman ‘Mengenai Kami’ Yg. Hebat
Halaman ini boleh diibaratkan sebagai senjata rahsia anda. Tahu kenapa? Kebanyakan orang ramai akan menganggap inilah bahagian yg biasanya mempunyai informasi yg ‘direct’ kpd pembacanya. Dapatkan keyakinan prospek/pembaca anda melalui halaman ini.
.
5. Bahagian RSS & ‘Email Subscription’ yg. Jelas
Ingin mendapat prospek/pembaca yg setia? Sudah semestinya tidak pada permulaan perjalanan blog bisnes anda bukan? Tapi apa yg dapat anda usahakan adalah, bahagian RSS & ‘Email Subscription’ yg. jelas. Supaya prospek pembaca anda dapt ’subscribe’, melawat semula blog anda, mendapat update melalui email dan sebagainya. Sekali mereka tertarik dengan teknik dan cara komunikasi anda, maka tidak mustahil untuk mereka menekan ‘BUY NOW’ button di halaman produk jualan anda.
.
Tetapi perkara-perkara tersebut tidak akan berlaku sehinggalah mereka rasa mereka boleh mempercayai anda. Menarik pembaca/prospek anda membaca blog bisnes anda adalah bukan semata-mata membaca. Akan tetapi ia juga melibatkan kepercayaan. Jadi, apa yg anda nantikan lagi, berikan kemudahan kpd pembaca anda untuk terus menerus mempercayai anda dengan menggunakan fungsi ‘RSS Email Subscription’
.
Sekarang anda sudah tidak mempunyai sebarang alasan lagi untuk tidak mempunyai sebuah blog perniagaan yg hebat. Hanya ikuti 5 langkah mudah yg telah dijelaskan ini kerana ianya tidaklah begitu sukar untuk dilakukan. Lakukannya hari ini untuk masa depan bisnes anda.
Ingat: Bisnes anda adalah untuk keuntungan, bukannya untuk mendapat kerugian! Tetapi, untuk itu: usaha amatlah diperlukan!

Apa pandangan anda?

Comments

Popular posts from this blog

tip kewangan anda

Di manakah tahap kewangan anda?